Tuesday, July 12, 2016

Kunjungan Wakil WWF ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim

 Pada 1 April 2016 iaitu pada hari jumaat, telah berlangsung kunjungan Puan Johleen Koh Tse Boon, Pengurus Program IPG Lestari Malaysia ke Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI). Program ini bermula pada jam 9.30 pagi iaitu pendaftaran oleh  para pelajar yang telah diambil oleh semua ketua unit EVOLTI. Pada jam 10.00 pagi, Puan Khadijah merangkap penasihat EVOLTI telah menyambut kedatangan Puan Johleen. Program kunjungan ini bermula dengan ucaptama oleh Puan Noraizah binti Damiri, Ketua Jabatan Sains Sosial. 





Gambar 1: Ucaptama oleh Puan Noraizah(Ketua Jabatan Sains Sosial)
Program kunjungan ini diteruskan dengan taklimat EVOLTI yang telah di sampaikan oleh Khou Jerome, Pengerusi Sukarelawan Eco Temenggong Ibrahim (EVOLTI) . Banyak perkara yang bermanfaat dikongsi kepada para pendengar berkenaan tentang strategi, objektif dan lain-lain.




Seterusnya, program kunjungan ini telah sampai kemuncak yang ditunggu-tunggu dengan menjemput Puan Johleen Koh Tse Boon, Pengurus Program IPG Lestari Malaysia. Puan Johleen telah memberi perkongsian mengenai konsep IPG Lestari, 10 tema, 7 metadologi,Eco-Institut dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Pihak WWF dan banyak lagi. Para pelajar memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap apa yang telah disampaikan.



Program kunjungan ini telah berakhir pada jam 11.30 pagi. Sebelum majlis ini berakhir, para pelajar turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama sebagai kenangan.


























No comments:

Post a Comment