Sunday, January 1, 2017

Lawatan tanaman nanas warga IPGKTI oleh Rektor IPGM


Ybhg Dr Azian T.S Abdullah , Rektor IPGM telah mengadakan satu lawatan ke tanaman nanas warga IPGKTI.  Projek tanaman nanas lestari ini dilaksanakan di kawasan berhampiran blok bahasa. Lawatan ini sangat bermakna buat warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Selain itu, lawatan ini juga turut dihadiri oleh Pengarah IPGKTI iaitu Puan Rubiah binti Ahmad, Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Yazid bin Abdul Manap, Timbalan Pengarah Pengurusan iaitu Dr. Mazlan bin Aris serta ketua-ketua jabatan, para pensyarah, staff dan para guru pelatih IPGKTI. Lawatan ini berjalan dengan lancar. Di samping itu,aktiviti tanaman nanas juga turut dijalankan. 



Aktiviti tanaman nanas sedang dijalankan



Mini Karnival 2016 Sungai Skudai


Pada 13 November 2016 telah diadakan Mini Karnival 2016 Sungai Skudai yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat di Pusat Informasi Sungai Skudai, Taman Tampoi Utama. Mini Karnival Sungai Skudai 2016 ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Johor (JPS). Tidak ketinggalan juga Sukarelawan Temenggong Ibrahim (EVOLTI) turut sama-sama menyertai dalam mini karnival ini. Satu pameran telah diajalankan mengenai IPG Lestari iaitu kelestarian melalui pendidikan. Pameran ini juga turut dikelolakan oleh beberapa ahli EVOLTI dan pensyarah IPGKTI. Pameran ini memberi pelbagai info dan maklumat yang amat berguna kepada semua generasi. Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik juga turut dijalankan. 


Ahli EVOLTI dan Pensyarah IPGKTI yang turut terlibat

Pameran yang berlangsung oleh IPGKTI




Pembersihan tong kitar semula berpusat

Pembersihan tong kitar semula berpusat telah dijalankan oleh Unit Pusat Lestari (EVOLTI). Setiap ahli diwajibkan untuk sama-sama bergotong royong membersihkan tong kitar semula berpusat yang terletak di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). Mereka bersama-sama memasukkan dan mengumpulkan barangan kitar semula ke dalam beg plastik hitam. Jumlah barang yang telah dikitar semula adalah seperti berikut :

Kertas : 143kg
Plastik : 18kg



Setiap ahli bertungkus lumus membersihkan tong kitar semula





Hasil daripada pembersihan tong kitar semula. 



Pelancaran Pemuliharaan Hulu Sungai Chat

Majlis Pelancaran Program Pemuliharaan Hulu Sungai Chat IPG Kampus Temenggong Ibrahim telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Bandar. Selain itu, majlis ini merupakan satu program yang berkolaboratif dengan pelbagai pihak seperti MBJB, JPS dan IPG.  Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran agar dapat bersama-sama dalam memelihara serta memulihara sungai khususnya di Hulu Sungai Chat di kampus ini.