Thursday, October 4, 2012

Portable Vertical Garden
Kewujudan kawasan hijau seperti taman memberikan banyak faedah bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga kepada suasana persekitaran yang lebih bersih dan sihat. Kekurangan ruang dan tanah telah mewujudkan satu alternatif untuk membina taman menegak mudah alih (portable vertical garden)
Taman Menegak boleh menjadi sebahagian daripada setiap pengalaman berkebun yang menarik. Ia mudah dihasilkan dan boleh disesuaikan dengan mana-mana ruang yang ada di kediaman kita mahu pun di ruang bekerja. Taman Menegak dan bangunan hijau yang dihasilkan boleh menjadi salah satu alternatif untuk mewujudkan alam sekitar yang lebih sihat.
 
Cabaran untuk menghasilkan Taman Menegak mudahalih ini telah diaplikasikan di dalam Subjek Pendidikan Alam Sekitar ASK2202W di bawah seliaan pensyarah subjek Pn. Khadijah Aiyub - kerja kursus projek pelajar Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) ambilan Nov 2011 opsyen RBTdi IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) memerlukan pelajar menghasilkan prototaip portable garden. Prototaip yang dihasilkan pelajar mestilah mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu:
  1. Saiz 4’ x  3’
  2. Mesra pengguna
  3. Penyelenggaraan fleksibel dan rendah
  4. Menggunakan bahan kitar semula
  5. Menarik perhatian
  6. Boleh dilaksanakan secara realiti
  7. Ada ciri-ciri komersial
  8. Kos rendah
Sambutan yang diterima dari pelajar sangat memberangsangkan dan seterusnya dapat menarik minat pelajar untuk menghasilkan taman mereka sendiri .Penilaian telah dilakukan oleh pensyarah dari Jabatan Kaji Sosial dari Unit Pendidikan Seni Visual (En. Kamaruddin Yusof) dan Unit Pengajian Sosial (Pn. Bahgwant Kaur). Hasilnya wah! sungguh mengagumkan. Lihatlah sendiri bakat terpendam mereka.





 TERIMA KASIH.