Sunday, September 23, 2012

PROKETEN

Program Kesedaran Kecekapan Tenaga (PROKETEN) untuk Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran, pendidikan dan latihan kepada warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim tentang aspek-aspek penting berkaitan kecekapan tenaga. Kecekapan tenaga bermaksud keupayaan untuk menggunakan tenaga pada kadar rendah tetapi masih dapat menyelesaikan sesuatu tugas dengan sempurna. Penggunaan tenaga yang cekap, membolehkan kita menjimatkan pengeluaran tenaga selain membantu untuk mengurangkan perbelanjaan wang untuk membayar bil setiap bulan.
Bagi menjayakan program ini, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor telah mewujudkan kolaborasi ilmu dengan pihak CETREE (Centre Of Education, Training And Research In Renewable Energy And Energy Efficiency), Universiti Sains Malaysia. Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga DiPerbaharui (TD) dan Kecekapan Tenaga (KT) CETREE, Universiti Sains Malaysia berperanan untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciri-ciri sosial komuniti yang positif berkenaan Kecekapan Tenaga.Kerjasama ini bertujuan mengakui dan mempromosikan pemindahan pengetahuan melalui pertukaran idea-idea kreatif dan inovatif, penemuan kajian, pengalaman dan kemahiran antara pihak CETREE USM dengan komuniti. Penglibatan antara pihak IPG sebagai rakan kongsi bersama USM (CETREE) bagi menjalankan program ini diharap dapat memberikan kesan kepada negara amnya dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim khususnya matlamat untuk mencapai kualiti hidup dalam kampus yang sejahtera dengan mengutamakan serta mengamalkan kemampanan dan kelestarian.


Objektif
  1. Meningkatkan kesedaran kecekapan tenaga dalam kalangan warga kampus IPG
  2. Memperkenalkan kepada masyarakat IPG mengenai konsep, amalan dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui.
  3. Mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik yang tidak lestari dan inovasi pengurusan kewangan di IPGKTI.
  4. Menagih perubahan dari segi sikap, kelakuan, amalan dan penerimaan masyarakat IPG ke arah penggunaan tenaga yang lestari.
  5. Melahirkan bakal-bakal guru yang berpengetahuan di dalam bidang Kecekapan tenaga dan seterusnya dapat mempraktikkan di sekolah.
  6. Mewujudkan model dan pusat pendidikan kecekapan tenaga di persekitaran institut.
  7. Menjadikan IPG Kampus Temenggong Ibrahim sebuah IPG yang cekap dalam penggunaan tenaga. Pelancaran telah dilaksanakan pada 19 Mac 2012 di Dewan Seri Temenggong IPG Kampus Temenggong Ibrahim oleh Pengarah IPGKTI Tn. Hj. Mohd Said Bin Hasran

                

Pelancaran PROKETEN 19 Mac 2012 oleh Tuan Pengarah IPGKTI
Penyerahan Buku Kecekapan Tenaga dari Ketua Jabatan HEP kepada Pengarah IPGKTI
Warga IPGKTI hadir semasa pelancaran


Ucapan Pengarah semasa pelancaran PROKETEN



Pelajar IPGKTI tekun mendengar penerangan tentang kecekapan tenaga.

Pelekat oleh Sukarelawan Proketen

Jangan lupa !!!!!

Kempen Earth Hour in campus IPGKTI

Ucapan dari Pengarah CETREE, USM Prof Dr. Haslan Abu Hassan

Sukarelawan mendengar taklimat sebelum menjalankan tugas audit dan kempen.

PENCAPAIAN SETAKAT INI HASIL AUDIT BIL DAN KEMPEN PROKETEN 

MAC      -    jimat 1.8 %
APRIL    -    tiada penjimatan 8.9 %
MEI        -    tiada penjimatan 6.09 %
JUN        -    jimat 20.95 %
JULAI    -    tiada penjimatan 17.68 %
OGOS     -    jimat 30.42%

Insyaallah kami akan mencuba mencapai target sekurang-kurangnya 10 - 30 % sehingga berakhirnya program ini bersama CETREE, USM. 
DO WHAT WE CAN DO.








Tuesday, September 11, 2012

KEMPEN SIFAR POLISTRIN DAN PENGGURANGAN PENGGUNAAN PLASTIK

Jabatan Kajian Sosial IPGKTI telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kempen Sifar Polistrin dan pengurangan penggunaan plastik. Kempen ini telah dilancarkan pada 18 April 2011 serentak dengan pelancaran Eco Institut di Dewan Seri Temenggong oleh Pengarah IPGKTI Tuan Hj. Mohd Said Bin Hasran.


Objektif Kempen ini adalah 
  1. menggalakkan warga institut menukar penggunaan polistrin kepada bekas mesra   alam
  2. menyampaikan maklumat mengenai kesan bahaya polistrin kepada manusia dan alam  sekitar
  3. menyayangi alam sekitar
PELAKSANAAN: 
  • Pelancaran Kempen Sifar Polisterin dan Pengurangan Penggunaan Plastik  (14 April 2011). Pelancaran kempen juga melibatkan pihak- pihak tertentu seperti  kafeteria, warden, pihak keselamatan, staf sokongan, JPP dan pelajar.    
  • Pemberikan beg kitar semula ECO INSTITUT IPGKTI kepada semua warga IPGKTI semasa Temasya Sukan dan Balapan IPGKTI.
  • Beg Kitar semula ini juga telah dijadikan cenderahati semasa Seminar Jiwa Pendidik untuk tahun 2011 dan 2012.  
  • Memupuk kesedaran dengan memasang Banner di beberapa tempat  yang strategik antaranya di  Kafeteria Nelayan dan Kafeteria Cherry.
  • Pihak kafeteria mengambil beberapa tindakan dan membawa impak  yang positif antaranya tidak lagi menggunakan polistrin untuk mengisi makanan yang dibeli pelajar. Alternatif lain mereka menggunakan bekas makanan   bioform,  pelajar membawa bekas makanan sendiri dan menggunakan konsep buffet untuk menghidangkan makanan.
  • Pihak keselamatan institut juga berperanan untuk memberikan teguran kepada pelajar yang membawa polisterin masuk ke dalam institut.
MASALAH        :       
  • Terdapat pihak (pelajar, pensyarah dan staf) yang kurang kesedaran  dengan menggunakan polistrin  di kawasan institut.  Buktinya, melalui Audit Lestari yang dilaksanakan  banyak ditemui polisterin yang dibuang.
  • Kempen ini kurang disedari oleh pelajar separuh masa yang hadir pada hujung minggu atau semasa cuti sekolah menyebabkan pelajar membawa masuk polisterin ke dalam institut (PPG, PGSR dan KDC)
CADANGAN     :     
  1. Kempen kesedaran perlu ditingkatkan dengan meningkatkan lagi kesedaran dan peranan semua pihak.
  2. Pihak keselamatan perlu mencatat nama pelajar yang membawa Polisterin ke dalam institut.
Hasil / impak daripada kempen yang telah dijalankan :


  • Pelajar dan staf IPGKTI mula menukar bekas polistrin kepada bekas lebih mesra alam untuk menyimpan makanan yang dibeli.
  • Banyak aktiviti / majlis yang dijalankan di dalam kawasan institut telah menukar bekas polistrin kepada bekas makanan yang mesra alam.
  • Pensyarah dan pelajar mula membawa bekas makanan sendiri

Majlis Perasmian Sifar Polistrin Pengarah IPGKTI Tn. Hj. Mohd Said Bin Hasran pada
18 April 2011 di Dewan Seri Temenggong
Pelancaran Kempen Sifar Polistrin anjuran Jabatan Kajian Sosial
disempurnakan oleh Pengarah IPGKTI diiringi oleh Ketua Jabatan Kajian Sosial Pn. Sa'edah Mohd Shah
Warga IPGKTI semasa perasmian Kempen Sifar Polistrin dan Pengurangan Penggunaan Plastik

Token Bag untuk warga IPGKTI.


Wednesday, September 5, 2012

Eco Institut IPGKTI

SETITIS PERUBAHAN SELAUT KESAN
(tagline bagi IPG Kampus Temenggong Ibrahim) 
  Eco adalah sebahagian daripada perkataan dan bermaksud perkaitan dengan benda hidup dan hubungannya dengan persekitaran dan Eco Institut di sini berkaitan dengan persekitaran institut khususnya IPG KTI Johor.
Listen
Read phonetically

        Eco-Institut IPGKTI cuba membina tanggungjawab ke atas alam sekitar dengan mengadaptasi pendekatan institut dalam pelaksanaan keseluruhan, perancangan dan pemantauan dari Polisi Alam Sekitar Institut dan diintegrasikan ke dalam Pelan Pembangunan Institut. Tujuan utamanya adalah untuk merentas melalui pilihan yang diberikan, gaya hidup lestari ke dalam fungsi setiap hari institut sehingga etika persekitaran ini secara berperingkat menjadi sebahagian daripada IPGKTI.
        Eco Institut membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan persekitaran secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
          Eco Institut merupakan program yang dapat menggerakkan seluruh warga IPGKTI dalam memainkan peranan secara aktif untuk membuat keputusan dan terlibat secara langsung dalam isu-isu alam sekitar di IPGKTI dan dalam komuniti di sekitar IPGKTI. Eco-Institut adalah satu landasan dan kesempatan untuk warga institut untuk meningkatkan kualiti hidup bermasyarakat institusi pendidikan guru dengan cara: 
  • Demokrasi dalam  membuat keputusan.
  • Menetapkan matlamat yang sesuai untuk membaharui persekitaran IPGKTI
  • Merancang dan melaksanakan rancangan bersesuaian dengan sumber yang ada di IPGKTI untuk mencapai matlamat yang dipilih.
  • Mengintergrasikan kurikulum dengan realiti yang ada di IPGKTI
  • Membentuk kerja berpasukan IPGKTI
  • Membina rangkaian dan berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan IPG dalam dan luar negara. 
Rasional
Transformasi IPG KTI kepada Eco Institut adalah untuk membentuk persekitaran kampus yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan. Penglibatan warga institut dalam aktiviti Eco Institut diharap dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran institusi, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan negara. Program ini juga memberikan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim pengetahuan dan kesedaran serta memupuk sikap tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Objektif
  1. Mewujudkan atmosfera kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar dan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Temanggong Ibrahim terhadap alam sekitar.
  2. memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran institusi, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan negara.
  3. memastikan pengurusan sumber dijalankan secara bijaksana bagi menjamin pembangunan lestari demi kesejahteraan hidup.
  4. Memartabatkan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim sebagai Institut Lestari atau Eco Institut.
Langkah merealisasikan ECO INSTITUT di IPG KTI
Untuk memartabatkan IPGKTI sebagai ECO INSTITUT (IPG Lestari) maka IPGKTI mengambil tujuh langkah / kaedah  (7 Steps Methodology) melaksanakan apa yang dirancang. 














Tuesday, September 4, 2012

ECO INSTITUT --- ECO IPG AKHIRNYA IPG LESTARI

IPG Lestari pada mulanya dikenali sebagai Eco-Institute dan kemudiannya diterima sebulat suara untuk ditukarkan kepada IPG Lestari. Mempunyai konsep yang hampir sama dengan Sekolah Lestari. Mula dibincang penubuhannya pada akhir 2010 (WWF-Malaysia, 3 wakil  IPG Kampus – IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Pendidikan Islam dan IPG Kampus Teknik serta seorang wakil dari UPSI.

Pada 8 – 10 Mac 2011 diadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Institut Pendidikan Lestari yang dirasmikan oleh Rektor IPGM, Datuk Dr Haili Dolhan. Antara objektif mesyuarat  ialah meningkatkan jaringan kerjasama di antara IPGM, IPG Kampus dan WWF-Malaysia ; berkongsi cadangan Projek Institut Pendidikan Guru Lestari dengan 11 IPG pertama terpilih sebagai perintis dan mendalami pengetahuan tentang program konservasi kerajaan dalam pemuliharaan hutan paya bakau serta kaitannya dengan masyarakat.

Pada 3 – 4 November 2011, Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Institut Pendidikan Guru Lestari di  IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka untuk melaporkan aktiviti lestari yang telah diadakan oleh 11 IPG kampus yang terpilih sebagai perintis. Pada mesyuarat ini juga diputuskan untuk menyebar luaskan IPG Lestari kepada 16 IPG yang lain dan menjadikan IPG Lestari sebagai satu identiti kepada Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Mesyuarat bersetuju untuk melancarkan IPG Lestari secara rasmi pada 22 April 2012. Dengan itu, ditubuhkan satu Task Force yang terdiri dari IPGM,  WWF Malaysia, UPSI, USM dan pensyarah dari 11 IPG perintis 


IPG Lestari sebagai “brand” kepada Institut Pendidikan Guru. Metodologi 7 langkah telah di aplikasi untuk membantu merealisasikan IPG Lestari di IPGK Temenggong Ibrahim. Ia secara langsung menyediakan : 
  1. Peluang ke arah latihan dan pembinaan keupayaan kepada guru pelatih, jawatan kuasa IPG Lestari & staff IPGK (i.e. sebagai pembantu fasilitator, sukarelawan aktiviti). Selain itu IPG Lestari merupakan
  2. perkongsian sumber maklumat mengenai Pendidikan Alam Sekitar dan konsep dan aspek lestari
  3. Kemahiran pengurusan isu – isu alam sekitar setempat (melalui aplikasi metodologi 7 langkah)
  4. Peluang mengetengahkan bakat kempimpinan pelajar (youth empowerment) dan membuat keputusan (untuk menangani isu alam sekitar kampus)
Fokus diberi kepada konsep menggerakkan seluruh warga IPG dan memberi tanggungjawab kepada guru pelatih (youth empowerment) untuk lebih pro-aktif dalam mengambil tindakan dan membuat keputusan  di kampus (dalam menangani isu alam sekitar setempat)