Tuesday, July 12, 2016

Earth Hour 2016

Program Earth Hour telah dijalankan di sekitar kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim pada 19 Mac 2016. Program tersebut juga dijalankan di blok-blok asrama iaitu Blok A, B, C, D, E, F, G dan H. Program tersebut dijalankan bawah pengurusan Earth Hour IPGKTI.


Dalam program tersebut kami ditugaskan untuk meminta para guru pelatih untuk menutup semua lampu sempena malam Earth Hour tersebut. Kami juga berpeluang untuk menemuduga beberapa orang guru pelatih bagi setiap blok untuk memberi pendapat mereka mengenai Program Earth Hour pada malam tersebut.


Dalam sesi temuduga tersebut, beberapa orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim ada menyatakan harapan mereka pada masa hadapan mengenai Program Earth Hour tersebut. Mereka berpendapat bahawa program tersebut boleh dijalankan dengan lebih menarik lagi supaya guru pelatih selaku masyarakat menyedari bahawa betapa pentingnya menjaga bumi kita dengan pelbagai kaedah dan cara. Seterusnya, guru pelatih juga berpendapat bahawa program tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Sebagai contoh, ketika Program Earth Hour dijalankan guru pelatih berada dalam situasi yang gelap dan mereka mengambil kesempatan itu untuk saling bercerita mengenai kebaikan program tersebut dalam kalangan mereka.




Di samping itu, beberapa kekangan juga berlaku semasa hari kejadian Program Earth Hour dijalankan. Antara kekangan yang berlaku adalah perancangan yang tidak teratur atas kesilapan beberapa pihak iaitu tidak menyediakan surat yang disahkan oleh pengarah IPGKTI bahawa semua lampu perlu ditutup terutamanya lampu utama dan lampu jalan sekitar kawasan IPGKTI. Namun begitu, seluruh warga IPG berasa bangga dengan program yang dijalankan. 

No comments:

Post a Comment