Tuesday, September 4, 2012

ECO INSTITUT --- ECO IPG AKHIRNYA IPG LESTARI

IPG Lestari pada mulanya dikenali sebagai Eco-Institute dan kemudiannya diterima sebulat suara untuk ditukarkan kepada IPG Lestari. Mempunyai konsep yang hampir sama dengan Sekolah Lestari. Mula dibincang penubuhannya pada akhir 2010 (WWF-Malaysia, 3 wakil  IPG Kampus – IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Pendidikan Islam dan IPG Kampus Teknik serta seorang wakil dari UPSI.

Pada 8 – 10 Mac 2011 diadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Institut Pendidikan Lestari yang dirasmikan oleh Rektor IPGM, Datuk Dr Haili Dolhan. Antara objektif mesyuarat  ialah meningkatkan jaringan kerjasama di antara IPGM, IPG Kampus dan WWF-Malaysia ; berkongsi cadangan Projek Institut Pendidikan Guru Lestari dengan 11 IPG pertama terpilih sebagai perintis dan mendalami pengetahuan tentang program konservasi kerajaan dalam pemuliharaan hutan paya bakau serta kaitannya dengan masyarakat.

Pada 3 – 4 November 2011, Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Institut Pendidikan Guru Lestari di  IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka untuk melaporkan aktiviti lestari yang telah diadakan oleh 11 IPG kampus yang terpilih sebagai perintis. Pada mesyuarat ini juga diputuskan untuk menyebar luaskan IPG Lestari kepada 16 IPG yang lain dan menjadikan IPG Lestari sebagai satu identiti kepada Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Mesyuarat bersetuju untuk melancarkan IPG Lestari secara rasmi pada 22 April 2012. Dengan itu, ditubuhkan satu Task Force yang terdiri dari IPGM,  WWF Malaysia, UPSI, USM dan pensyarah dari 11 IPG perintis 


IPG Lestari sebagai “brand” kepada Institut Pendidikan Guru. Metodologi 7 langkah telah di aplikasi untuk membantu merealisasikan IPG Lestari di IPGK Temenggong Ibrahim. Ia secara langsung menyediakan : 
  1. Peluang ke arah latihan dan pembinaan keupayaan kepada guru pelatih, jawatan kuasa IPG Lestari & staff IPGK (i.e. sebagai pembantu fasilitator, sukarelawan aktiviti). Selain itu IPG Lestari merupakan
  2. perkongsian sumber maklumat mengenai Pendidikan Alam Sekitar dan konsep dan aspek lestari
  3. Kemahiran pengurusan isu – isu alam sekitar setempat (melalui aplikasi metodologi 7 langkah)
  4. Peluang mengetengahkan bakat kempimpinan pelajar (youth empowerment) dan membuat keputusan (untuk menangani isu alam sekitar kampus)
Fokus diberi kepada konsep menggerakkan seluruh warga IPG dan memberi tanggungjawab kepada guru pelatih (youth empowerment) untuk lebih pro-aktif dalam mengambil tindakan dan membuat keputusan  di kampus (dalam menangani isu alam sekitar setempat)

No comments:

Post a Comment