Sunday, September 23, 2012

PROKETEN

Program Kesedaran Kecekapan Tenaga (PROKETEN) untuk Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran, pendidikan dan latihan kepada warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim tentang aspek-aspek penting berkaitan kecekapan tenaga. Kecekapan tenaga bermaksud keupayaan untuk menggunakan tenaga pada kadar rendah tetapi masih dapat menyelesaikan sesuatu tugas dengan sempurna. Penggunaan tenaga yang cekap, membolehkan kita menjimatkan pengeluaran tenaga selain membantu untuk mengurangkan perbelanjaan wang untuk membayar bil setiap bulan.
Bagi menjayakan program ini, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor telah mewujudkan kolaborasi ilmu dengan pihak CETREE (Centre Of Education, Training And Research In Renewable Energy And Energy Efficiency), Universiti Sains Malaysia. Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga DiPerbaharui (TD) dan Kecekapan Tenaga (KT) CETREE, Universiti Sains Malaysia berperanan untuk meningkatkan kesedaran umum masyarakat di Malaysia terhadap ciri-ciri sosial komuniti yang positif berkenaan Kecekapan Tenaga.Kerjasama ini bertujuan mengakui dan mempromosikan pemindahan pengetahuan melalui pertukaran idea-idea kreatif dan inovatif, penemuan kajian, pengalaman dan kemahiran antara pihak CETREE USM dengan komuniti. Penglibatan antara pihak IPG sebagai rakan kongsi bersama USM (CETREE) bagi menjalankan program ini diharap dapat memberikan kesan kepada negara amnya dan IPG Kampus Temenggong Ibrahim khususnya matlamat untuk mencapai kualiti hidup dalam kampus yang sejahtera dengan mengutamakan serta mengamalkan kemampanan dan kelestarian.


Objektif
  1. Meningkatkan kesedaran kecekapan tenaga dalam kalangan warga kampus IPG
  2. Memperkenalkan kepada masyarakat IPG mengenai konsep, amalan dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui.
  3. Mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik yang tidak lestari dan inovasi pengurusan kewangan di IPGKTI.
  4. Menagih perubahan dari segi sikap, kelakuan, amalan dan penerimaan masyarakat IPG ke arah penggunaan tenaga yang lestari.
  5. Melahirkan bakal-bakal guru yang berpengetahuan di dalam bidang Kecekapan tenaga dan seterusnya dapat mempraktikkan di sekolah.
  6. Mewujudkan model dan pusat pendidikan kecekapan tenaga di persekitaran institut.
  7. Menjadikan IPG Kampus Temenggong Ibrahim sebuah IPG yang cekap dalam penggunaan tenaga. Pelancaran telah dilaksanakan pada 19 Mac 2012 di Dewan Seri Temenggong IPG Kampus Temenggong Ibrahim oleh Pengarah IPGKTI Tn. Hj. Mohd Said Bin Hasran

                

Pelancaran PROKETEN 19 Mac 2012 oleh Tuan Pengarah IPGKTI
Penyerahan Buku Kecekapan Tenaga dari Ketua Jabatan HEP kepada Pengarah IPGKTI
Warga IPGKTI hadir semasa pelancaran


Ucapan Pengarah semasa pelancaran PROKETEN



Pelajar IPGKTI tekun mendengar penerangan tentang kecekapan tenaga.

Pelekat oleh Sukarelawan Proketen

Jangan lupa !!!!!

Kempen Earth Hour in campus IPGKTI

Ucapan dari Pengarah CETREE, USM Prof Dr. Haslan Abu Hassan

Sukarelawan mendengar taklimat sebelum menjalankan tugas audit dan kempen.

PENCAPAIAN SETAKAT INI HASIL AUDIT BIL DAN KEMPEN PROKETEN 

MAC      -    jimat 1.8 %
APRIL    -    tiada penjimatan 8.9 %
MEI        -    tiada penjimatan 6.09 %
JUN        -    jimat 20.95 %
JULAI    -    tiada penjimatan 17.68 %
OGOS     -    jimat 30.42%

Insyaallah kami akan mencuba mencapai target sekurang-kurangnya 10 - 30 % sehingga berakhirnya program ini bersama CETREE, USM. 
DO WHAT WE CAN DO.








No comments:

Post a Comment