SETITIS
PERUBAHAN SELAUT KESAN
(tagline bagi IPG Kampus Temenggong Ibrahim)
Eco adalah sebahagian daripada perkataan dan bermaksud
perkaitan dengan benda hidup dan hubungannya dengan persekitaran dan Eco
Institut di sini berkaitan dengan persekitaran institut khususnya IPG KTI
Johor.
Eco-Institut IPGKTI cuba membina
tanggungjawab ke atas alam sekitar dengan mengadaptasi pendekatan institut dalam
pelaksanaan keseluruhan, perancangan dan pemantauan dari Polisi Alam Sekitar
Institut dan diintegrasikan ke dalam Pelan Pembangunan Institut. Tujuan utamanya
adalah untuk merentas melalui pilihan yang diberikan, gaya hidup lestari ke
dalam fungsi setiap hari institut sehingga etika persekitaran ini secara berperingkat
menjadi sebahagian daripada IPGKTI.
Eco
Institut membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni
alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan persekitaran
secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep
pembangunan lestari.
Eco Institut merupakan program yang dapat menggerakkan seluruh
warga IPGKTI dalam memainkan
peranan secara aktif untuk membuat keputusan dan terlibat secara langsung dalam
isu-isu alam sekitar di IPGKTI dan dalam komuniti di sekitar IPGKTI. Eco-Institut
adalah satu landasan dan kesempatan untuk warga institut untuk meningkatkan kualiti hidup bermasyarakat
institusi pendidikan guru dengan cara:
- Demokrasi dalam membuat keputusan.
- Menetapkan matlamat yang sesuai untuk membaharui persekitaran IPGKTI
- Merancang dan melaksanakan rancangan bersesuaian dengan sumber yang ada di IPGKTI untuk mencapai matlamat yang dipilih.
- Mengintergrasikan kurikulum dengan realiti yang ada di IPGKTI
- Membentuk kerja berpasukan IPGKTI
- Membina rangkaian dan berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan IPG dalam dan luar negara.
Rasional
Transformasi
IPG KTI kepada Eco Institut adalah
untuk membentuk persekitaran kampus yang menitikberatkan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar dari aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan
penghijauan. Penglibatan warga institut dalam aktiviti Eco Institut diharap
dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan
ciri-ciri mesra alam di persekitaran institusi, rumah, komuniti setempat,
masyarakat dan negara. Program ini juga memberikan seluruh warga Institut Pendidikan Guru
Kampus Temenggong Ibrahim pengetahuan dan kesedaran serta memupuk sikap
tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Objektif
- Mewujudkan atmosfera kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar dan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Temanggong Ibrahim terhadap alam sekitar.
- memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran institusi, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan negara.
- memastikan pengurusan sumber dijalankan secara bijaksana bagi menjamin pembangunan lestari demi kesejahteraan hidup.
- Memartabatkan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim sebagai Institut Lestari atau Eco Institut.
Langkah merealisasikan ECO INSTITUT di IPG KTI
Untuk
memartabatkan IPGKTI sebagai ECO INSTITUT (IPG Lestari) maka IPGKTI mengambil tujuh
langkah / kaedah (7 Steps Methodology) melaksanakan
apa yang dirancang.
No comments:
Post a Comment