Thursday, July 30, 2015

Untuk makluman kepada warga IPGKTI, pihak EVOLTI telah mula menjalankan projek kitar semula Fasa 1 (percubaan) di blok kediaman.  Untuk mengenalpasti kesesuaian bakul & sistem pengumpulan yang digunakan, percubaan ini hanya dilaksanakan di 4 blok yang dipilih iaitu blok E,F,G dan H. Bagi blok lain selepas post-mortem projek kitar semula Fasa 1 dijalankan barulah pihak EVOLTI akan menyediakan tong yang sesuai bagi 4 blok lagi.  Semua warga IPGKTI dialu-alukan utk mula menggunakannya. Marilah kita bersama-sama menyelamatkan bumi kita dgn usaha kitar semula!
Tong kitar semula yang disimpan di bawah blok kediaman.

Untuk memberikan pengetahuan tentang manfaat kitar semula terhadap semua warga IPGKTI, maka pihak EVOLTI telah mula menjalankan projek kitar semula di depan Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). Ketua EVOLTI dan ketua dari unit ICT, unit 3R dan unit Program telah berganding bahu untuk menghantar ketiga-tiga tong kitar semula dari unit Hortikultur ke PKP.  Semua warga IPGKTI dialu-alukan utk mula menggunakannya. Marilah kita bersama-sama menyelamatkan bumi kita dengan usaha kitar semula!
Suasana penghantaran tong kitar semula




Tong kitar semula telah disediakan untuk semua warga IPGKTI bagi menyemai semangat kitar semula.
Selepas mengadakan Earth Hour,  Eco-volunteers Temenggong Ibrahim (Evolti) turut menjalankan pameran Earth Day 2015 di depan kaunter pelanggan perkhidmatan blok pentadbiran dengan merangkumi semua warga Temenggong Ibrahim.  Setiap warga Temenggong Ibrahim diberi peluang untuk menulis pandangan dan cadangan tentang penjagaan bumi kita dalam sekeping kertas kecil serta dipaparkan pada papan kenyataan.  Pameran yang dijalankan sepanjang minggu ini telah mendapat sambutan yang amat menarik daripada warga Temenggong Ibrahim.

Wednesday, April 29, 2015

Earth Hour

Pada 28 March 2015 yang lalu,  ECO IPG Kampus Temenggong Ibrahim telah melancarkan satu program iaitu Earth Hour di padang IPGKTI.  Pengarah IPGKTI, timbalan pengarah, para pensyarah, siswa siswi dan staf IPGKTI telah dijemput hadir bagi program ini.  

Tentatif Program Earth Hour 2015 di IPGKTI

               Keadaan semasa sesi pendaftaran













      Ucapan Pengerusi Evolti, Khou Jerome


Selepas pengucapan pengerusi Evolti ialah sesi gimik penutupan lampu.  Semua warga IPGKTI telah countdown bersama-sama untuk menutup lampu pada pukul 8:30 p.m.

Siswa siswi guru juga telah mempersembahkan beberapa persembahan yang menarik untuk menghiburkan program ini.  Antaranya ialah Yoyo Cina LED, Buskers dan persembahan music.




















Kemuncak bagi program ini ialah formasi lilin 60+
Setiap orang yang telibat telah diberi sebatang lilin dan berdiri dalam bentuk 60+















 Seterunya, kami countdown sekali lagi untuk gimik pembukaan lampu.
Akhir sekali ialah ucapan penutupan bagi pengarah IPGKTI
 Slogan bagi Earth Hour IPGKTI 2015
"Use Your Power To Change Climate Change"




Thursday, June 20, 2013

IPGKTI DILANDA JEREBU.

IPG ku dilanda jerebu ........ kali ini rasa teruknya. Semalam 20/6/2013 bacaan API (Air Pollutant Index) atau Indeks Pencemar Udara (IPU) pada jam 5.00 pm mencecah 219 di kawasan Larkin (Johor Bahru) dan pagi ini bacaan jam 7.00 am menunjukkan pada paras 190 (sumber JAS). Di Daerah Muar, Kota Tinggi, Pasir Gudang, Batu Pahat juga bertambah teruk. Jarak penglihatan semakin kurang, mata pedih dan berair, batuk, sakit tekak mula melanda warga IPGKTI. Aktiviti luar kelas dihentikan.

IPGKTI 20/6/2013 jam 12.35 tgh ..... macam kat puncak Cameron Highland pulak
IPGKTI 21/6/2013 jam 7.00 pagi.

Semua warga IPGKTI telah dibekalkan dengan penutup hidung (mask) sebagai perlindungan . Jenuh juga memakainya  maklum la yang bertudung payah le nak sangkut. Tapi kena pakai jugak.

Ke kelas
Pelajar IPGKTI
balik ke asrama

Wednesday, June 19, 2013

KURSUS BAJA KOMPOS

Pada 20 Februari 2013 yang lalu, Jabatan Sains IPG Kampus Temenggong Ibrahim telah menjalankan satu kursus Baja Kompos di Makmal Hortikultur, Jabatan Kemahiran Hidup. Kursus ini telah disertai oleh 44 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dan staf sokongan daripada beberapa Jabatan. Tujuan utama kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada warga kampus tentang penyelenggaraan sisa organik secara sihat, berfaedah dan mesra alam. Selain itu, aktiviti ini adalah selaras sebagaimana  pelan strategik IPG Lestari.
Peserta Kursus terdiri dari pensyarah akademik dan staf bukan akademik

En. Ahmad Fuad sebagai fasilitator .
Fasilitator yang terlibat dalam kursus ini ialah En Ahmad Fuad bin Aris dan Pn Hjh Naemas bin Taib.  Peserta telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang penghasilan baja kompos melalui aktiviti ‘hands-on’. Para peserta juga telah diminta untuk membawa sisa-sisa organik bagi tujuan aktiviti tersebut.
Aktiviti 1 - campur bang... gaul bang
haa buat apa tu.... jangan letak harta karun
Kursus selama sehari itu telah memberikan banyak ilmu kepada para peserta kursus yang berkaitan dengan baja kompos, teknologi EM (Effective Microbe) dan bokashi. Peserta kursus juga telah melakukan sendiri aktiviti amali penyediaan larutan EM dan penghasilan baja kompos di tapak letak kereta di hadapan makmal hortikultur, Jabatan Kemahiran Hidup.  Selesai akhirnya .....

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 5 JUN 2013

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia telah disambut dan diraikan di IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor pada tarikh 5 Jun 2013 hari Rabu jam 8.30 pagi di Dewan Dato' Khairuddin Ashaari. Majlis dirasmikan oleh Pn. Rubiah Ahmad Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Perkhidmatan bersama staf IPGKTI. Tema Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini membawa tema THINK. EAT. SAVE. Reduce your footprint. Pada hari yang sama staf IPGKTI yang menghadiri majlis tersebut juga telah mendaftar sebagai Rakan Alam Sekitar Johor (RAS).

Mengapa meraikan Hari Alam Sekitar ?
Apabila kita melihat atau mengalami kesan negatif daripada perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar, ia adalah mudah untuk menyalahkan orang lain. Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan hari dimana kita ketepikan semua perbezaan kita dan meraikan pencapaian yang telah dibuat ke arah melindungi alam sekitar kita. Kita juga dapat mengingatkan masyarakat dan diri kita sendiri terhadap kepentingan menjaga alam sekitar kita. Ingat !bahawa setiap tindakan memberikan impak yang kita sendiri hadapi. Bumi adalah rumah kita, tiada tempat tinggal selain dari bumi maka tanggungjawab kita untuk melindunginya. Kita boleh!  

Pn. Rubiah memberi ucapan perasmian 5/6/2013

Staf dengan borang pendaftaran RAS 5/6/2013