Pada 20 Februari 2013 yang lalu, Jabatan Sains IPG Kampus
Temenggong Ibrahim telah menjalankan satu kursus Baja Kompos di Makmal
Hortikultur, Jabatan Kemahiran Hidup. Kursus ini telah disertai oleh 44 orang
peserta yang terdiri daripada staf akademik dan staf sokongan daripada beberapa
Jabatan. Tujuan utama kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada warga
kampus tentang penyelenggaraan sisa organik secara sihat, berfaedah dan mesra
alam. Selain itu, aktiviti ini adalah selaras sebagaimana pelan strategik IPG Lestari.
Aktiviti 1 - campur bang... gaul bang |
haa buat apa tu.... jangan letak harta karun |
Kursus selama sehari itu telah memberikan banyak ilmu kepada
para peserta kursus yang berkaitan dengan baja kompos, teknologi EM (Effective
Microbe) dan bokashi. Peserta kursus juga telah melakukan sendiri aktiviti
amali penyediaan larutan EM dan penghasilan baja kompos di tapak letak kereta
di hadapan makmal hortikultur, Jabatan Kemahiran Hidup. Selesai akhirnya .....
No comments:
Post a Comment