Thursday, June 20, 2013

IPGKTI DILANDA JEREBU.

IPG ku dilanda jerebu ........ kali ini rasa teruknya. Semalam 20/6/2013 bacaan API (Air Pollutant Index) atau Indeks Pencemar Udara (IPU) pada jam 5.00 pm mencecah 219 di kawasan Larkin (Johor Bahru) dan pagi ini bacaan jam 7.00 am menunjukkan pada paras 190 (sumber JAS). Di Daerah Muar, Kota Tinggi, Pasir Gudang, Batu Pahat juga bertambah teruk. Jarak penglihatan semakin kurang, mata pedih dan berair, batuk, sakit tekak mula melanda warga IPGKTI. Aktiviti luar kelas dihentikan.

IPGKTI 20/6/2013 jam 12.35 tgh ..... macam kat puncak Cameron Highland pulak
IPGKTI 21/6/2013 jam 7.00 pagi.

Semua warga IPGKTI telah dibekalkan dengan penutup hidung (mask) sebagai perlindungan . Jenuh juga memakainya  maklum la yang bertudung payah le nak sangkut. Tapi kena pakai jugak.

Ke kelas
Pelajar IPGKTI
balik ke asrama

Wednesday, June 19, 2013

KURSUS BAJA KOMPOS

Pada 20 Februari 2013 yang lalu, Jabatan Sains IPG Kampus Temenggong Ibrahim telah menjalankan satu kursus Baja Kompos di Makmal Hortikultur, Jabatan Kemahiran Hidup. Kursus ini telah disertai oleh 44 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dan staf sokongan daripada beberapa Jabatan. Tujuan utama kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada warga kampus tentang penyelenggaraan sisa organik secara sihat, berfaedah dan mesra alam. Selain itu, aktiviti ini adalah selaras sebagaimana  pelan strategik IPG Lestari.
Peserta Kursus terdiri dari pensyarah akademik dan staf bukan akademik

En. Ahmad Fuad sebagai fasilitator .
Fasilitator yang terlibat dalam kursus ini ialah En Ahmad Fuad bin Aris dan Pn Hjh Naemas bin Taib.  Peserta telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran tentang penghasilan baja kompos melalui aktiviti ‘hands-on’. Para peserta juga telah diminta untuk membawa sisa-sisa organik bagi tujuan aktiviti tersebut.
Aktiviti 1 - campur bang... gaul bang
haa buat apa tu.... jangan letak harta karun
Kursus selama sehari itu telah memberikan banyak ilmu kepada para peserta kursus yang berkaitan dengan baja kompos, teknologi EM (Effective Microbe) dan bokashi. Peserta kursus juga telah melakukan sendiri aktiviti amali penyediaan larutan EM dan penghasilan baja kompos di tapak letak kereta di hadapan makmal hortikultur, Jabatan Kemahiran Hidup.  Selesai akhirnya .....

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 5 JUN 2013

Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia telah disambut dan diraikan di IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor pada tarikh 5 Jun 2013 hari Rabu jam 8.30 pagi di Dewan Dato' Khairuddin Ashaari. Majlis dirasmikan oleh Pn. Rubiah Ahmad Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Perkhidmatan bersama staf IPGKTI. Tema Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini membawa tema THINK. EAT. SAVE. Reduce your footprint. Pada hari yang sama staf IPGKTI yang menghadiri majlis tersebut juga telah mendaftar sebagai Rakan Alam Sekitar Johor (RAS).

Mengapa meraikan Hari Alam Sekitar ?
Apabila kita melihat atau mengalami kesan negatif daripada perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar, ia adalah mudah untuk menyalahkan orang lain. Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan hari dimana kita ketepikan semua perbezaan kita dan meraikan pencapaian yang telah dibuat ke arah melindungi alam sekitar kita. Kita juga dapat mengingatkan masyarakat dan diri kita sendiri terhadap kepentingan menjaga alam sekitar kita. Ingat !bahawa setiap tindakan memberikan impak yang kita sendiri hadapi. Bumi adalah rumah kita, tiada tempat tinggal selain dari bumi maka tanggungjawab kita untuk melindunginya. Kita boleh!  

Pn. Rubiah memberi ucapan perasmian 5/6/2013

Staf dengan borang pendaftaran RAS 5/6/2013