Tuesday, July 12, 2016

'Beverage Selling' Sempena Hari Sukan

Bersempena dengan Karnival Sukan yang dianjurkan di IPGKTI, pihak EVOLTI mengadakan jualan air minuman untuk para pelajar. Pelbagai jenis air minuman yang telah dijual pada hari tersebut. Jualan tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi menjaankan aktiviti di dalam kampus. Dana tersebut juga digunakan untuk membeli barang keperluan EVOLTI. 


















Jualan pada hari tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Dana yang diperoleh digunakan untuk pelbagai aktiviti di IPGKTI

Majlis Penghargaan Evolti dan Majlis Pelancaran Sifar Pembaziran


Semasa Majlis Perhimpunan bersama pengarah IPGKTI yang berlangsung pada hari ahad, sebuah Majlis Penghargaan telah diadakan bertujuan untuk memberi penghargaaan kepada ahli - ahli EVOLTI yang telah bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab sebagai sukarelawan di IPGKTI. Sijil telah disampaikan oleh pengarah kepada ahli - ahli EVOLTI tersebut sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan kepada IPGKTI. 








Selain itu, Majlis Pelancaran Sifar Pembaziran ( Zero Waste ) juga turut diadakan pada hari tersebut. aktiviiti ini bertujuan untuk menjaga alam sekitar sekaligus memupuk sifat tanggungjawab di dalam diri supaya lebih peka dengan alam sekitar. Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk memastikan kampus dalam keadaaan yang bersih , selesa dan juga menjadikan kampus sebagai IPG Lestari 






      Para pensyarah dan pelajar diberikan taklimat mengenai Kempen 'Zero Waste'





Ucapan daripada Pengerusi EVOLTI 














   Ahli - Ahli Eco Volunteers Temenggong Ibrahim



Aktiviti Kutipan Tayar

Pada 15 Jun 2016, aktiviti kutipan tayar telah dijalankan oleh siswa siswi 1 PISMP BC. Aktiviti ini adalah untuk mewujudkan suasana kampus yang lebih lestari.



Tayar-tayar telah dikumpulkan.

Taklimat IPG Lestari dalam Perhimpunan Bersama Pengarah

Taklimat IPG Lestari dalam Perhimpunan Bersama Pengarah
Taklimat tentang pengenalan IPG Lestari, EVOLTI dan Pembentangan Laporan Kajian Pendapat serta Cadangan Penambahbaikan IPG Lestari telah dijalankan dalam Perhimpunan Bersama Pengarah pada 19 Jun 2016. Taklimat ini telah meningkatkan pengetahuan warga IPGKTI kepada IPG Lestari serta EVOLTI. Banyak maklumat yang berkenaan telah disampaikan dengan teliti seperti Metodologi 7 langkah.

Taklimat tersebut telah dijalankan oleh Puan Khadijah.

Bengkel Tanaman

Bengkel tanaman telah dijalankan pada 11-12 April 2016 dengan melibatkan unit Edible Garden dan unit Think Eat Save. Tujuan bengkel ini adalah sebagai persediaan sebagai fasilatator sempena gotong-royong Perdana Kolej Kediaman.
Pada pukul 4.30pm, ahli EVOLTI yang berkenaan telah berkumpul di taman. Taklimat tentang cara penanaman yang betul telah diadakan oleh Puan Khadijah.

Taklimat sedang dijalankan.

Selepas itu, siswa-siswi telah memulakan untuk menanamkan pokok-pokok di dalam tayar terbuang.



Bengkel ini telah tamat pada pukul 6.30pm selepas pokok-pokok ditanam dan taman dihias dengan kemas.

Lawatan sambil belajar ke Selangor

Sebuah lawatan sambil belajar telah dijalankan pada 25-27 Februari 2016 ke SMK Sri Bestari, International School of Kuala Lumpur, IPG Kampus Pendidikan Islam di Bangi dan WWF Headquaters di Petaling Jaya. Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami isu-isu alamm sekitar bagi menyediakan diri untuk menjadi guru yang sentiasa mengikuti perkembangan kelestarian alam sekitar, membuka laluan kepada warga pendidik mendalami ilmu yang luas tentang isu alam sekitar serta meningkatkan nilai dan etika seorang guru yang profesonal.
Lawatan ini bermula pada pukul 3.00pm 25 Februari 2016 dari IPGKTI dan sampai di IPGKPI pada 10.00 malam. Para guru pelatih telah bermalam di asrama IPGKPI. Pada 26 Februari 2016, guru-guru pelatih telah berkumpul pada pukul 6.00am.

Ahli-ahli EVOLTI telah dibawa untuk mengelilingi IPGKPI oleh beberapa orang pelajar serta guru penasihat. Kami telah melalui Herbal Garden di IPGKPI dan juga kawasan penanaman yang menggunakan composer. Di dewan Besar IPGKPI, pameran Benih Harapan telah dijalankan.


Pameran ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang alam sekitar.

Gambar dengan mascot panda di pameran

Pada 9.00 pagi, kami telah bertolak dari IPGKPI ke International School of Kuala Lumpur. Keistimewaan sekolah ini merupakan salah satu sekolah yang telah dianugerahkan Green Flag oleh WWF.



Taklimat telah dijalankan oleh ISKL.

Terdapat banyak ECO Code dan tong kitar semula dalam persekitaran sekolah.

Seterusnya, kami telah bertolak ke WWF Headquarters yang terletak di Petaling jaya. Kami telah didedahkan tentang kebaikan IPG Lestari dan Eco-Insitut serta ikan jerung yang kian berkurang. Terdapat banyak maklumat yang telah diperolehi dalam perkongsian tersebut. Selepas berjalan-jalan di Sunway Piramid, kami pulang ke IPGKPI pada pukul 11.00pm.
Di SMK Sri Bestari, suatu bengkel telah diadakan yang melibatkan daripada pelbagai pihak iaitu IPGK Bainun, para pelajar dari Sekolah Sri Bestari, para ahli EVOLTI dan banyak lagi. Para sukarelawan membuat persediaan di tempat yang telah disediakan dengan baik selepas selesai menjamah kudapan.

Kumpulan yang menjalankan aktiviti hands on tentang kraf kepada para pengunjung.

Bengkel  ini tamat pada jam 2pm dan juga tamatlah lawatan ini.

Program Hands-On River Ranger

Pada 11 April 2016, Program Hands-on River Ranger telah dijalankan di Dewan Datuk Khairuddin Ashaari (DDKA) mulai 7.45 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Sains IPGKTI dan diberi peluang kepada siswa siswi 4 PISMP Sains dan ahli Sukarelawan Eco Temenggong Ibrahim (EVOLTI). Program ini bertujuan untuk memdidik warga IPGKTI mengamalkan kelestarian dalam semua aktiviti hidup mereka serta meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga IPGKTI dalam pengurusan sumber.



Ketua fasilitator dari Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengongsikan tentang pengurusan sungai secara Hands On.


Pada 10.15 pagi, aktiviti diteruskan dengan kajian secara fizikal,biologi dan kimia di Hulu Sungai Chat IPGKTI. Fasilitator-fasilitator telah memberi tunjuk ajar kepada siswa dan siswi dalam pengajian program ini.





Seterusnya, program ini telah diteruskan dengan pembentangan tentang dapatan kajian yang dijalankan di Hulu Sungai Chat IPGKTI.

Pembentangan sedang dijalankan

Hadiah-hadiah diberikan kepada ahli kumpulan yang berjaya melaksanakan kajian tersebut. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh pensyarah IPGKTI.