Tuesday, July 12, 2016

Aktiviti Kutipan Tayar

Pada 15 Jun 2016, aktiviti kutipan tayar telah dijalankan oleh siswa siswi 1 PISMP BC. Aktiviti ini adalah untuk mewujudkan suasana kampus yang lebih lestari.



Tayar-tayar telah dikumpulkan.

Taklimat IPG Lestari dalam Perhimpunan Bersama Pengarah

Taklimat IPG Lestari dalam Perhimpunan Bersama Pengarah
Taklimat tentang pengenalan IPG Lestari, EVOLTI dan Pembentangan Laporan Kajian Pendapat serta Cadangan Penambahbaikan IPG Lestari telah dijalankan dalam Perhimpunan Bersama Pengarah pada 19 Jun 2016. Taklimat ini telah meningkatkan pengetahuan warga IPGKTI kepada IPG Lestari serta EVOLTI. Banyak maklumat yang berkenaan telah disampaikan dengan teliti seperti Metodologi 7 langkah.

Taklimat tersebut telah dijalankan oleh Puan Khadijah.

Bengkel Tanaman

Bengkel tanaman telah dijalankan pada 11-12 April 2016 dengan melibatkan unit Edible Garden dan unit Think Eat Save. Tujuan bengkel ini adalah sebagai persediaan sebagai fasilatator sempena gotong-royong Perdana Kolej Kediaman.
Pada pukul 4.30pm, ahli EVOLTI yang berkenaan telah berkumpul di taman. Taklimat tentang cara penanaman yang betul telah diadakan oleh Puan Khadijah.

Taklimat sedang dijalankan.

Selepas itu, siswa-siswi telah memulakan untuk menanamkan pokok-pokok di dalam tayar terbuang.



Bengkel ini telah tamat pada pukul 6.30pm selepas pokok-pokok ditanam dan taman dihias dengan kemas.

Lawatan sambil belajar ke Selangor

Sebuah lawatan sambil belajar telah dijalankan pada 25-27 Februari 2016 ke SMK Sri Bestari, International School of Kuala Lumpur, IPG Kampus Pendidikan Islam di Bangi dan WWF Headquaters di Petaling Jaya. Tujuan lawatan ini adalah untuk memahami isu-isu alamm sekitar bagi menyediakan diri untuk menjadi guru yang sentiasa mengikuti perkembangan kelestarian alam sekitar, membuka laluan kepada warga pendidik mendalami ilmu yang luas tentang isu alam sekitar serta meningkatkan nilai dan etika seorang guru yang profesonal.
Lawatan ini bermula pada pukul 3.00pm 25 Februari 2016 dari IPGKTI dan sampai di IPGKPI pada 10.00 malam. Para guru pelatih telah bermalam di asrama IPGKPI. Pada 26 Februari 2016, guru-guru pelatih telah berkumpul pada pukul 6.00am.

Ahli-ahli EVOLTI telah dibawa untuk mengelilingi IPGKPI oleh beberapa orang pelajar serta guru penasihat. Kami telah melalui Herbal Garden di IPGKPI dan juga kawasan penanaman yang menggunakan composer. Di dewan Besar IPGKPI, pameran Benih Harapan telah dijalankan.


Pameran ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang alam sekitar.

Gambar dengan mascot panda di pameran

Pada 9.00 pagi, kami telah bertolak dari IPGKPI ke International School of Kuala Lumpur. Keistimewaan sekolah ini merupakan salah satu sekolah yang telah dianugerahkan Green Flag oleh WWF.



Taklimat telah dijalankan oleh ISKL.

Terdapat banyak ECO Code dan tong kitar semula dalam persekitaran sekolah.

Seterusnya, kami telah bertolak ke WWF Headquarters yang terletak di Petaling jaya. Kami telah didedahkan tentang kebaikan IPG Lestari dan Eco-Insitut serta ikan jerung yang kian berkurang. Terdapat banyak maklumat yang telah diperolehi dalam perkongsian tersebut. Selepas berjalan-jalan di Sunway Piramid, kami pulang ke IPGKPI pada pukul 11.00pm.
Di SMK Sri Bestari, suatu bengkel telah diadakan yang melibatkan daripada pelbagai pihak iaitu IPGK Bainun, para pelajar dari Sekolah Sri Bestari, para ahli EVOLTI dan banyak lagi. Para sukarelawan membuat persediaan di tempat yang telah disediakan dengan baik selepas selesai menjamah kudapan.

Kumpulan yang menjalankan aktiviti hands on tentang kraf kepada para pengunjung.

Bengkel  ini tamat pada jam 2pm dan juga tamatlah lawatan ini.

Program Hands-On River Ranger

Pada 11 April 2016, Program Hands-on River Ranger telah dijalankan di Dewan Datuk Khairuddin Ashaari (DDKA) mulai 7.45 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Sains IPGKTI dan diberi peluang kepada siswa siswi 4 PISMP Sains dan ahli Sukarelawan Eco Temenggong Ibrahim (EVOLTI). Program ini bertujuan untuk memdidik warga IPGKTI mengamalkan kelestarian dalam semua aktiviti hidup mereka serta meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga IPGKTI dalam pengurusan sumber.



Ketua fasilitator dari Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengongsikan tentang pengurusan sungai secara Hands On.


Pada 10.15 pagi, aktiviti diteruskan dengan kajian secara fizikal,biologi dan kimia di Hulu Sungai Chat IPGKTI. Fasilitator-fasilitator telah memberi tunjuk ajar kepada siswa dan siswi dalam pengajian program ini.





Seterusnya, program ini telah diteruskan dengan pembentangan tentang dapatan kajian yang dijalankan di Hulu Sungai Chat IPGKTI.

Pembentangan sedang dijalankan

Hadiah-hadiah diberikan kepada ahli kumpulan yang berjaya melaksanakan kajian tersebut. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh pensyarah IPGKTI.

Wednesday, August 5, 2015

Pada petang hari ini (5 OGOS 2015), EVOLTI telah menjalankan suatu aktiviti yang amat bermakna iaitu gotong-royong di bilik PKP.  Tujuan gotong-royong ini adalah untuk menyediakan sesuatu tempat yang sesuai dan tepat bagi menguruskan Eco-Stall yang akan dibuka tidak lama lagi.  Semua ahli EVOLTI bagi unit program telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong ini secara sukarela dan berkerjasama untuk membersihkan bilik tersebut agar dapat merealisasikan matlamat penbukaaan Eco-Stall.

Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa aktiviti gotong-royong dijalankan...
EVOLTI mendapatkan sumber air dari paip di tepi PKP.

EVOLTI mengelap tingkap dengan berhati-hati.

Seorang ahli EVOLTI mengecat dinding bilik supaya meningkatkan estetik bilik tersebut.

EVOLTI berkolaborasi untuk menyapu lantai yang kotor.

Ahli-ahli EVOLTI membuat perbincangan untuk berfikir cara membersihkan lantai dengan efektif.
Melalui aktiviti ini, kita dapat mendapati bahawa kerjasama semua orang memang diperlukan supaya sesuatu perkara dapat disiapkan dengan segera dan sempurma.  Tanpa pengorbanan serta usaha baik mereka, matlamat pembukaan Eco-Stall tidak akan tercapai dengan mudah.

Thursday, July 30, 2015

Pada 12 Julai 2015, program ceramah pengurusan kitar semula telah dilangsungkan dengan lancar di Dewan Seri Temenggong.  Pada permulaannya, Pn. Khadijah selaku penasihat kepada EVOLTI telah memberikan ucapan serta amanah kepada seluruh warga IPGKTI. 
Seterusnya,
Kedatangan Pengarah IPGKTI dan Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah diiringi oleh Jawatankuasa Pewakilan Pelajar Ke-49.

Ucapan daripada pengarah IPGKTI
Ucapan daripada Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam



Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara Pengarah IPGKTI Dengan Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam



Dewan Seri Temenggong telah dipenuhi oleh semua warga IPGKTI.
Semua orang telah memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam ceramah ini.