Wednesday, October 17, 2018

Hari Bumi

Program hari bumi telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim pada 29 April 2018 yang lalu. Program ini telah dirasmikan oleh wakil YAB. Tn. Hj. Amran B A.Rahman di Dewan utama IPGKTI. Program ini adalah merupakan sebuah program yang besar di mana ianya turut melibatkan pelajar dan guru serta agensi luar untuk turut sama menyertai aktiviti yang dijalankan. Pelajar kampus ini sendiri turut dapat menimba ilmu dan pengalaman sepanjang program ini dijalankan.


Persembahan pelajar IPGKTI
Persembahan Eco Band EVOLTI IPGKTI




Bengkel pembuatan mudball
Penyertaan daripada kanak-kanak tadika Semain Subur
Antara aktiviti-aktiviti lain yang dibuat semasa program hari bumi
                                                                                 





Sunday, January 1, 2017

Lawatan tanaman nanas warga IPGKTI oleh Rektor IPGM


Ybhg Dr Azian T.S Abdullah , Rektor IPGM telah mengadakan satu lawatan ke tanaman nanas warga IPGKTI.  Projek tanaman nanas lestari ini dilaksanakan di kawasan berhampiran blok bahasa. Lawatan ini sangat bermakna buat warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Selain itu, lawatan ini juga turut dihadiri oleh Pengarah IPGKTI iaitu Puan Rubiah binti Ahmad, Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Yazid bin Abdul Manap, Timbalan Pengarah Pengurusan iaitu Dr. Mazlan bin Aris serta ketua-ketua jabatan, para pensyarah, staff dan para guru pelatih IPGKTI. Lawatan ini berjalan dengan lancar. Di samping itu,aktiviti tanaman nanas juga turut dijalankan. 



Aktiviti tanaman nanas sedang dijalankan



Mini Karnival 2016 Sungai Skudai


Pada 13 November 2016 telah diadakan Mini Karnival 2016 Sungai Skudai yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat di Pusat Informasi Sungai Skudai, Taman Tampoi Utama. Mini Karnival Sungai Skudai 2016 ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Johor (JPS). Tidak ketinggalan juga Sukarelawan Temenggong Ibrahim (EVOLTI) turut sama-sama menyertai dalam mini karnival ini. Satu pameran telah diajalankan mengenai IPG Lestari iaitu kelestarian melalui pendidikan. Pameran ini juga turut dikelolakan oleh beberapa ahli EVOLTI dan pensyarah IPGKTI. Pameran ini memberi pelbagai info dan maklumat yang amat berguna kepada semua generasi. Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik juga turut dijalankan. 


Ahli EVOLTI dan Pensyarah IPGKTI yang turut terlibat

Pameran yang berlangsung oleh IPGKTI




Pembersihan tong kitar semula berpusat

Pembersihan tong kitar semula berpusat telah dijalankan oleh Unit Pusat Lestari (EVOLTI). Setiap ahli diwajibkan untuk sama-sama bergotong royong membersihkan tong kitar semula berpusat yang terletak di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). Mereka bersama-sama memasukkan dan mengumpulkan barangan kitar semula ke dalam beg plastik hitam. Jumlah barang yang telah dikitar semula adalah seperti berikut :

Kertas : 143kg
Plastik : 18kg



Setiap ahli bertungkus lumus membersihkan tong kitar semula





Hasil daripada pembersihan tong kitar semula. 



Pelancaran Pemuliharaan Hulu Sungai Chat

Majlis Pelancaran Program Pemuliharaan Hulu Sungai Chat IPG Kampus Temenggong Ibrahim telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Bandar. Selain itu, majlis ini merupakan satu program yang berkolaboratif dengan pelbagai pihak seperti MBJB, JPS dan IPG.  Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran agar dapat bersama-sama dalam memelihara serta memulihara sungai khususnya di Hulu Sungai Chat di kampus ini. 




Saturday, December 31, 2016

PENGENALAN IPG LESTARI & EVOLTI MESYUARAT JAWATANKUASA LESTARI 1/2016

Agenda ini diadakan pada 01 Februari 2016 di Dewan Sri Temmenggong. Pendaftaran dikendalikan oleh ahli evolti. Semua siswa siswi yang hadir mendaftar diri masing-masing mengikut opsyen mereka. Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke mesyuarat agung EVOLTI dan memberi taklimat ringkas mengenai mesyuarat tersebut. Minit mesyuarat ini disahkan oleh Khou Jerome dan disokong oleh Teo Woon Chun.  Pengerusi EVOLTI membentangkan pengenalan kepada projek IPG Lestari dan EVOLT.  Pengedaran Sijil Earth Hour diadakan. Wakil Pensyarah Pn.Bhagwant memberi kata alu-aluan.  Ucapan dan perkongsian IPG Lestari daripada Pn.Khadijah Aiyub. Pembentangan Projek IPG Lestari 2016 yang akan dijalankan dan cara pemilihan AJK EVOLTI baharu. Pemilihan Jawatankuasa Sukarelawan berdasarkan undian. Taklimat oleh pengerusi mengenai tugas-tugas setiap jawatankuasa. Mesyuarat antara AJK Induk dan Ketua Unit juga dilaksanakan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.35 petang dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi.

Tuesday, July 12, 2016

Kunjungan Wakil WWF ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim

 Pada 1 April 2016 iaitu pada hari jumaat, telah berlangsung kunjungan Puan Johleen Koh Tse Boon, Pengurus Program IPG Lestari Malaysia ke Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI). Program ini bermula pada jam 9.30 pagi iaitu pendaftaran oleh  para pelajar yang telah diambil oleh semua ketua unit EVOLTI. Pada jam 10.00 pagi, Puan Khadijah merangkap penasihat EVOLTI telah menyambut kedatangan Puan Johleen. Program kunjungan ini bermula dengan ucaptama oleh Puan Noraizah binti Damiri, Ketua Jabatan Sains Sosial. 





Gambar 1: Ucaptama oleh Puan Noraizah(Ketua Jabatan Sains Sosial)
Program kunjungan ini diteruskan dengan taklimat EVOLTI yang telah di sampaikan oleh Khou Jerome, Pengerusi Sukarelawan Eco Temenggong Ibrahim (EVOLTI) . Banyak perkara yang bermanfaat dikongsi kepada para pendengar berkenaan tentang strategi, objektif dan lain-lain.




Seterusnya, program kunjungan ini telah sampai kemuncak yang ditunggu-tunggu dengan menjemput Puan Johleen Koh Tse Boon, Pengurus Program IPG Lestari Malaysia. Puan Johleen telah memberi perkongsian mengenai konsep IPG Lestari, 10 tema, 7 metadologi,Eco-Institut dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Pihak WWF dan banyak lagi. Para pelajar memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap apa yang telah disampaikan.



Program kunjungan ini telah berakhir pada jam 11.30 pagi. Sebelum majlis ini berakhir, para pelajar turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama sebagai kenangan.